Tuesday, February 4, 2014

Rancangan Pengajaran Harian (Minggu 5)

27 - 29 Januari 2014

Subjek
Sains
Kelas
5K2
Tarikh
27 Januari 2014
Hari
Isnin  
Masa
7.05 pg – 8.15 pg
Tajuk
Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup
Objektif 
1)    Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menyatakan langkah – langkah untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
2)   Menyatakan kesan antibiotic ke atas mikroorganisma
3)   Memerihalkan bahaya penggunaan ubat – ubatan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor
Aktiviti
1)    Perbentangan daripada murid
2)   Sesi soal jawab antara murid dan pembentang 
Nilai moral
1)    Menepati masa
2)   Sistematik
3)   Berkomunikasi berkesan
Bahan mengajar
1)    Bahan perbentangan murid
Refleksi
Perbentangan berlaku dengan baik namun ada sesetengah kumpulan kelihatan seperti tidak membuat persediaan dengan baik. Sesi soal jawab berlangsung dengan pelbagai soalan daripada murid kepada pembentang

Subjek
Sains
Kelas
5K9
Tarikh
27 Januari 2014
Hari
Isnin
Masa
8.10 pg – 9.15 pg
Tajuk
Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup
Objektif 
1)    Menganalisa cara – cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan mikroorganisma
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan dengan contoh pelbagai kaedah pensterilan
2)   Menyatakan maksud keimunan
3)   Menyatakan contoh keimunan
4)   Membezakan dan membandingkan pelbagai jenis keimunan
Aktiviti
1)    Guru menerangkan secara terperinci mengenai pensterilan dan keimunan
2)   Perbincangan antara guru dan murid berlangsung
3)   Murid menyalin nota ringkas yang disediakan oleh guru
Nilai moral
1)    Menepati masa
2)   Sistematik
Bahan mengajar
1)    Buku teks sains
Refleksi
Lebih daripada 60% murid dapat menjawab soalan latihan sendiri berdasarkan penerangan dan nota yang diberikan oleh guru

Subjek
Sains
Kelas
4K6
Hari
Isnin 
Tarikh
27 Januari 2014
Masa
10.55 pg – 11.30 pg
Tajuk
Koordinasi badan
Objektif 
1)    Menganalisis koordinasi saraf
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menyatakan maksud reseptor dan efektor
2)   Menyatakan fungsi reseptor dan efektor
Aktiviti
1)    Penerangan oleh guru beserta contoh untuk mengaitkan reseptor dan efektor
2)   Sesi soal jawab antara guru dan murid
3)   Perbincangan latihan berdasarkan amali proses sains
Nilai moral
1)    Bekerjasama
2)   Menepati masa
3)   Sistematik
Bahan mengajar
1)    Buku teks sains
2)   Amali proses sains
Refleksi
Perbincangan berlangsung secara dua hala antara guru dan murid.

Subjek
Sains
Kelas
4K3
Hari
Isnin
Tarikh
27 Januari 2014
Masa
12.05 ptg – 12.40 ptg
Tajuk
Koordinasi badan
Objektif 
1)    Menganalisis koordinasi saraf
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan dengan contoh tindakan refleks
2)   Memerihalkan tindakan refleks
3)   Mengilustrasikan pengaliran impuls dalam arka refleks
Aktiviti
1)    Murid menyatakan tindakan refleks yang mereka ketahui
2)   Berdasarkan jawapan murid, guru menerangkan tindakan refleks serta menerangkan pengaliran impuls dalam arka refleks
Nilai moral
1)    Bekerjasama
2)   Menepati masa
3)   Sistematik
Bahan mengajar
3)   Buku teks sains
Refleksi
Keseluruhan murid dapat membezakan antara reseptor dan efektor. Murid juga dapat menyatakan kedudukan dan fungsi sinaps apabila disoal oleh guru

Subjek
Sains
Kelas
4K3
Hari
Selasa
Tarikh
28 Januari 2014
Masa
7.05 pg – 8.15 pg
Tajuk
Koordinasi badan
Objektif 
1)    Menganalisis koordinasi saraf
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan dengan contoh tindakan refleks
2)   Memerihalkan tindakan refleks
3)   Mengilustrasikan pengaliran impuls dalam arka refleks
Aktiviti
1)    Murid menyatakan tindakan refleks yang mereka ketahui
2)   Berdasarkan jawapan murid, guru menerangkan tindakan refleks serta menerangkan pengaliran impuls dalam arka refleks
Nilai moral
1)    Bekerjasama
2)   Menepati masa
3)   Sistematik
Bahan mengajar
1)    Buku teks sains
2)   Amali proses sains
Refleksi
Aktiviti untuk mengesan tindakan refleks dijalan supaya murid lebih memahami konsep tindakan refleks. Pengukuhan dilakukan dengan membuat latihan. Lebih 90% murid menjawab dengan betul.

Subjek
Sains
Kelas
5K2
Tarikh
28 Januari 2014
Hari
Selasa   
Masa
9.45 pg – 10.20 pg
Tajuk
Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup
Objektif 
1)    Menganalisis cara – cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabakan oleh mikroorganisma
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan pelbagai kaedah bagaimana mikroorganisma boleh menyebabkan jangkitan
2)   Menyenaraikan cara – cara mencegah jangkitan
3)   Menghubung kaitkan cara pengawalan vektor dengan habitat dan kitar hidupnya  
Aktiviti
1)    Murid diberi masa untuk berbincang sesama sendiri dan menjawab soalan dalam amali proses sains
2)   Perbincangan jawapan antara guru dan murid 
Nilai moral
1)    Menepati masa
2)   Sistematik
3)   Berkomunikasi berkesan
Bahan mengajar
1)    Amali proses sains
Refleksi
Lebih 90% murid menjawab soalan dengan betul. Perbincangan berlangsung secara dua hala.

Subjek
Sains
Kelas
5K10
Tarikh
28 Januari 2014
Hari
Sabtu
Masa
12.05 ptg – 12.40 ptg
Tajuk
Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup
Objektif 
1)    Menganalisa cara – cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan mikroorganisma
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menyenaraikan langkah – langkah untuk mencegah jangkitan
2)   Menghubungkaitkan kawalan vektor dengan tabiat dan kitaran hidup vektor
3)   Menerangkan dengan contoh pelbagai kaedah pensterilan
Aktiviti
1)    Guru menerangkan secara terperinci cara – cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan mikroorganisma
2)   Murid menyalin nota ringkas yang disediakan oleh guru
Nilai moral
1)    Menepati masa
2)   Sistematik
Bahan mengajar
1)    Buku teks sains
Refleksi
Keseluruhan murid memahami dan dapat menghubungkatkan penyakit dengan kaedah pencegahan apabila guru mengaitkan dengan kehidupan harian

Subjek
Sains
Kelas
5K9
Tarikh
29 Januari 2014
Hari
Rabu   
Masa
9.45 pg – 10.20 pg
Tajuk
Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup
Objektif 
1)    Menganalisis cara – cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabakan oleh mikroorganisma
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan pelbagai kaedah bagaimana mikroorganisma boleh menyebabkan jangkitan
2)   Menyenaraikan cara – cara mencegah jangkitan
3)   Menghubung kaitkan cara pengawalan vektor dengan habitat dan kitar hidupnya  
Aktiviti
1)    Murid diberi masa untuk berbincang sesama sendiri dan menjawab soalan dalam amali proses sains
2)   Perbincangan jawapan antara guru dan murid 
Nilai moral
1)    Menepati masa
2)   Sistematik
3)   Berkomunikasi berkesan
Bahan mengajar
2)   Amali proses sains
Refleksi
Lebih daripada 5 orang murid tidak membawa amali proses sains sedangkan telah diingatkan pada kelas terdahulu. Mereka ini diberi amaran lisan. Perbincangan soalan berlangsung selepas murid mencuba untuk menjawab soalan sendiri

Subjek
Sains
Kelas
4K6
Hari
Rabu
Tarikh
29 Januari 2014
Masa
11.30 pg – 12.40 ptg
Tajuk
Koordinasi badan
Objektif 
1)    Menganalisis koordinasi saraf
Hasil Pembelajaran
Setelah tamat pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)    Menerangkan dengan contoh tindakan refleks
2)   Memerihalkan tindakan refleks
3)   Mengilustrasikan pengaliran impuls dalam arka refleks
Aktiviti
1)    Murid menyatakan tindakan refleks yang mereka ketahui
2)   Berdasarkan jawapan murid, guru menerangkan tindakan refleks serta menerangkan pengaliran impuls dalam arka refleks
Nilai moral
1)    Bekerjasama
2)   Menepati masa
3)   Sistematik
Bahan mengajar
1)    Buku teks sains
2)   Amali proses sains
Refleksi
Perbincangan mengenai sinaps antara guru dan murid. Sesi PdP hanya berlangsung 1 waktu kerana guru terpaksa menghadiri mesyuarat untuk bulan sains dan matematik


CUTI TAHUN BARU CINA

30 JANUARI – 04 FEBRUARI 2014

No comments:

Post a Comment